Tuesday, January 10, 2012

BUKU PUNK ROCK SIAP!

Buku setebal 136 muka surat yang menampilkan tulisan mengenai PUNK ROCK dari 10 orang punk rocker SUDAH SIAP untuk anda miliki. Cuma perlu bayar RM20 (harga termasuk kos penghantaran) untuk sebuah buku. Beli secara wholesale sebanyak 5 naskah dengan harga RM80 ppd, dan 10 naskah RM140 ppd.


Cara memesan buku Punk Rock: Disebalik Fesyen dan Muzik Bising

1.Masukkan RM20 (harga ini termasuk kos penghantaran) ke mana-mana akaun bank Ahmad Nizamuddin Bin Abdullah yang berikut:

Maybank: 162441057901
CIMB: 14210065808522

2. Lampirkan bukti pembayaran melalui emel nizangmosh@gmail.com, atau MMS ke 0179639316 atau sekadar beritahu waktu transaksi.

3. Sila nyatakan alamat dan no telefon

4. Penghantaran akan dibuat seminggu sekali.


Terima kasih.

Sunday, November 13, 2011

Akan Datang...


Bakal Muncul
Genre
Bukan Fiksyen/Budaya/Music
About
Muzik dan Budaya Punk Rock di Malaysia
Description
Menampilkan 10 tulisan;

Punk : Disebalik Fesyen dan Muzik Bising oleh Hafeez
Kepercayaan Kepada… oleh Zaki
Bagai Ikan Makan Memerut oleh Fazri
Bihun Bakso dan Punk Rock oleh Mat Yie
Kita Borak Jap… oleh Wolf
Punk Singgang oleh Nizang
Mencari Konsensus oleh Dhani
Diari Seorang Punk Rocker oleh Din
Terbalik Ini Cerita oleh Shabri
Aku dan Sepucuk Revolver Bernama Punk oleh Nan
ISBN
belum ambik
Publisher
Papakerma Press, Deleted Books, Kolektif Kaki Ketik
Website


sila ke PAGE BUKU PUNK ROCK untuk maklumat terkini.

Monday, December 27, 2010

SEGERA BEREDAR: Zine Sepi Itu Indah






Hai. Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. sebagai tindakan merealisasikan motto "Making Fanzine Threat Again", kami layangkan kepada anda zine Sepi Itu Indah yang seharusnya menjadi zine pertama yang anda baca pada tahun 2011 ini. :). berikut adalah maklumat lanjut mengenai zine Sepi Itu Indah:


MAKLUMAT FIZIKAL
1] bersaiz b5 dengan 24 halaman bercetak.
2] memuatkan 25 artikel pendek dan panjang.
3] ada beberapa keping gambar.
4] tidak ada wawancara bersama kugiran hardcore punk mahupun wawancara bersama editor fanzine. wawancara dengan Rosmah lagi la takde.
5] juga tidak ada review zine, cd, vcd, dvd, blueray, kaset, piring hitam.
6] bukan zine politik berat. ringan-ringan je...


MAKLUMAT SPIRITUAL

1] ianya sebuah bacaan ringan yang mampu membuat anda terlupa seketika akan kerja-kerja pejabat, rumah, sekolah yang perlu disiapkan segera.
2] penulis zine ini telah berkecimpung dalam dunia zine sejak tahun 90an lagi.


MAKLUMAT KERUGIAN YANG PERLU ANDA TANGGUNG
untuk semua perkara diatas, anda perlu mengeluarkan wang sebanyak rm4 bagi mendapatkan senaskah zine ini. rm4 yang anda keluarkan ini akan digunakan untuk membiayai kos mencetak zine, juga untuk membeli setem dan sampul surat.

mahal ya rm4 untuk senaskah zine? kalau macam tu, beli 10 naskah secara pukal dan anda cuma perlu bayar rm30 untuk 10 naskah tersebut. maksudnya, harga zine dah jadi rm3 senaskah. dah murah sikit kan. :)

nak murah lagi? kalau nak murah lagi, kita trade je lah. trade zine anda dengan zine ni . bak orang Amerika cakap "FAIR TRADE ARE WELCOME". :)

fikirlah dulu nak beli ke tak. kalau ada rasa nak beli terdetik dalam hati, hantar email ke alamat email ni: merahdanhitam@yahoo.com .

nanti email anda akan dilayan oleh tuan email tersebut. kat dalam email anda tu, anda mintak ah nombor akaun bank untuk memudahkan anda membuat pembayaran online. kalau nak hantar money order, anda mintak alamat rumah tuan email tu ok.

ok lah. kami stop kat sini dulu.sampai berjumpa lagi dilain waktu. keep in touch! up da punx!



p/s: recycle stem. :)





bangkit dari hibernasi [yang lama]

hai hai hai... bertemu kembali kita setelah sekian lama anda tidak melihat entry terkini dari kami di sini. lama juga ya, last entry dipos pada bulan jun tahun 2009. dan sekarang sudah 27 disember 2010. jadi, kira sendiri berapa lama kami berhibernasi. hehe.

apa pun, selamat tinggal tahun 2010 dan selamat menyambut tahun baru 2011. semoga kehidupan mendatang dapat dilalui dengan lebih sempurna.

kami sediakan kepada anda zine Sepi Itu Indah sebagai bahan bacaan pertama anda ditahun 2011. :)

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2011

Wednesday, June 3, 2009

ini pasti! tunggu ya...

"anda perlu menghantar esei anda selewat-lewatnyanya pada bulan 6 tahun 2009"- klik sini


akhirnya tempoh waktu yang diberikan telah muncul. dan ternyata, apa yang diharapkan tidak tercapai sepenuhnya. yaaa... biasalah tu kan.:).

harus diakui juga kekangan-kekangan yang dihadapi oleh kita semua. dan harus diterima dengan hati terbuka juga tidak semua daripada kita adalah penulis. dengan kata lainnya, tidak semua dari kita boleh menulis dengan baik. makanya, mengambil kita kekangan-kekangan yang dihadapi, harus ambil masa juga untuk menyudahkan projek buku ini.

ya tenang tenang aja. buku yang dikeluarkan juga bukan berada dalam fasa wajib dikeluarkan. jadi, pelan-pelan kayuh. :). semoga dalam keadaan dibawah tekanan, kita sama-sama dapat menghasilkan sesuatu yang baik untuk kita semua.:)

setidak-tidaknya, bibit-bibit kelahiran buku yang diharapkan telah muncul apabila ada teman-teman yang bersetuju untuk menjayakan projek buku ini. terima kasih diucapkan kepada semua teman-teman tersebut.

jadi, setelah dipersetujui bersama. kami di DB Press tidak akan meletak satu tempoh waktu tertentu untuk menjayakan buku ini. yang pasti, kami akan meriliskan buku ini setelah sumbangan artikel dari teman-teman yang kami terima cukup untuk kami bukukan, maka kami akan riliskan buku tersebut.

bila buku punk rock ini akan rilis? persoalan ini tidak dapat dijawab secara spesifik. cuma, yang boleh kami katakan, dalam tahun ini, DELETED BOOKS PRESS akan mengeluarkan sebuah buku. ini pasti! tunggu ya... :)

Monday, May 11, 2009




klik pada gambar untuk paparan lebih besar

Friday, March 27, 2009

Tujuan Penerbitan Buku Ini
























- berkongsi maklumat dengan orang ramai (pembaca) mengenai "APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PUNK"

- mendedahkan fakta/cerita sebenar mengenai punk.

- melihat kesan politik punk kepada individu & masyarakat sekeliling.

- berkongsi keseronokan yang diperolehi melalui cara hidup d.i.y punk.

- berkongsi ilmu-ilmu d.i.y :)

- (akan ditulis kemudian)

- (akan ditulis kemudian)

- (akan ditulis kemudian)

- banyak lagi lah tujuannya. tapi pokoknya, semuanya mengenai punk lah. punk, a way of lifestyle. :)