Search

6/5/16

Review Kaki Jalan


Kaki Jalan adalah sebuah travelog yang saya kira penuh dengan catatan-catatan berbentuk sosial dan political. Catatan separa kiri oleh seorang gadis punk aktivis.

Yang mana sama sekali menyanggah konklusi awal saya apabila saya mendapatkan naskah ini daripada penerbit buku travelog ini.

Ternyata ianya bukanlah catatan-catatan pengalaman yang biasa-biasa. Catatan perjalanan penulis yang menyingkap sosio-budaya negara-negara yang dijejaknya.

Tatkala menelaah dan menghadam naskah ini ide-ide perlawanan yang telah lama tumpul dalam benak fikiran kembali menyegar. Sudah agak lama saya tidak menelaah penulisan-penulisan sebegini selama saya kurang aktif membelek dan menyelak penerbitan berbentuk zine.

Naskah yang perlu dimiliki oleh setiap anak-anak muda dan para pejuang kelas.

Kalau anda ingin tahu apa aktiviti-aktiviti disebalik anak-anak punk itu juga saya kira buku ini sedikit sebanyak boleh memberikan anda satu pencerahan.

Bagi saya ‘punk’ itu bukanlah sekadar kepada satu trend atau fesyen secara lahiriahnnya tetapi adalah lebih kepada ide-ide yang menjadi satu dokongan. Justeru itu jangan terkejut andai anda berjumpa dengan anak-anak muda punk tegar yang tidak nampak punk langsung seperti rakan-rakan saya ini Dhani Ahmad Ahmad Nizamuddin Abdullah Nik Mohamed Ikhwan

oleh: Pak Sheikh Hafiz


----------------------------------------


Pemandangan Dalam Kaki Jalan
1) Saya bukan orang yang banyak membaca dan menulis. Saya juga tidak berhak untuk menghujahi tentang mana-mana buku langsung meminta kalian membelinya.
2) Namun, bilamana membuka buku travelog, saya suka untuk menikmati perasaan dan fakta berbanding kemewahan prosa.
3) Menekuni jalan-jalan yang diturap dalam Kaki Jalan, saya agak terpesona malah terpegun.
4) Penulis bukan sahaja pintar menurunkan prosa, fakta diingini, malah perasaan sedar dan tidak sedar diijab dalam inti yang ingin dirasa.
5) Sebahagian dari tempat yang diceritakan pernah saya jejak tapi saya tidak jumpa rasa seperti penulis rasa. Saya irihati.
6) Jika kalian telah membaca On The Road dan menonton The Motorcycle Diaries pasti kalian turut wangi kerana konflik dan perasaan dalam Kaki Jalan seperti memakai talkum yang sama.
7) Dua kali khatam buku ini tetapi luluh yang dimunculkan pada bahagian SOLO jugalah menjadi kegemaran saya. Sipon dan Thukul seperti sedang tenung semasa titis bangga jatuh ke pipi saya.
8) Terima kasih Sharifah Nursyahidah kerana kuntumkan buku ini buat Malaysia. Sudilah datang ke Kota Bharu nanti.
9) Kalungan bunga kemboja buat Penerbit - Deleted Books kelolaan Dhani Ahmad kerana berjaya membuktikan idealogi Punk perlu diberi perhatian.
10) Dan tuju KITARTB jika ingin.

ulasan oleh: Ezzmer Daruh

----------------------------------------

"ternyata KAKI JALAN ini bukan jalan biasa macam backpacker lain, pergi tempat indah semata-mata. travel dan belajar untuk rapat bersama masyarakat setempat, dan yakin kau akan berat untuk meninggalkan tempat itu apabila cinta itu berputik." - Aepool Kojack

"Saya lihat buku ini menceritakan sisi penulis yang berbeza dan tidak saya duga. Harap buku ini menjadi platform untuk Sharifah terus menulis dan memberi inspirasi kepada orang lain" - Nor Fawanih

"Sharifah mengajak kita berjalan ke sisi lain bandar yang tak pernah diketahui selama ini. Beliau membawa kita menyusuri jalan yang gelap, kaki lima yang kotor, lorong yang lohong, yang tidak akan dipromosi dalam mana-mana pakej perlancongan. Ini bukan travelog yang memberi kita info tentang lokasi makanan yang sedap, atau tempat tumpuan ramai. Ini adalah travelog punk!" - Ali Rafiq

0 comments:

Post a Comment