Search

12/27/10

SEGERA BEREDAR: Zine Sepi Itu Indah







Hai. Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. sebagai tindakan merealisasikan motto "Making Fanzine Threat Again", kami layangkan kepada anda zine Sepi Itu Indah yang seharusnya menjadi zine pertama yang anda baca pada tahun 2011 ini. :). berikut adalah maklumat lanjut mengenai zine Sepi Itu Indah:


MAKLUMAT FIZIKAL
1] bersaiz b5 dengan 24 halaman bercetak.
2] memuatkan 25 artikel pendek dan panjang.
3] ada beberapa keping gambar.
4] tidak ada wawancara bersama kugiran hardcore punk mahupun wawancara bersama editor fanzine. wawancara dengan Rosmah lagi la takde.
5] juga tidak ada review zine, cd, vcd, dvd, blueray, kaset, piring hitam.
6] bukan zine politik berat. ringan-ringan je...


MAKLUMAT SPIRITUAL

1] ianya sebuah bacaan ringan yang mampu membuat anda terlupa seketika akan kerja-kerja pejabat, rumah, sekolah yang perlu disiapkan segera.
2] penulis zine ini telah berkecimpung dalam dunia zine sejak tahun 90an lagi.


MAKLUMAT KERUGIAN YANG PERLU ANDA TANGGUNG
untuk semua perkara diatas, anda perlu mengeluarkan wang sebanyak rm4 bagi mendapatkan senaskah zine ini. rm4 yang anda keluarkan ini akan digunakan untuk membiayai kos mencetak zine, juga untuk membeli setem dan sampul surat.

mahal ya rm4 untuk senaskah zine? kalau macam tu, beli 10 naskah secara pukal dan anda cuma perlu bayar rm30 untuk 10 naskah tersebut. maksudnya, harga zine dah jadi rm3 senaskah. dah murah sikit kan. :)

nak murah lagi? kalau nak murah lagi, kita trade je lah. trade zine anda dengan zine ni . bak orang Amerika cakap "FAIR TRADE ARE WELCOME". :)

fikirlah dulu nak beli ke tak. kalau ada rasa nak beli terdetik dalam hati, hantar email ke alamat email ni: merahdanhitam@yahoo.com .

nanti email anda akan dilayan oleh tuan email tersebut. kat dalam email anda tu, anda mintak ah nombor akaun bank untuk memudahkan anda membuat pembayaran online. kalau nak hantar money order, anda mintak alamat rumah tuan email tu ok.

ok lah. kami stop kat sini dulu.sampai berjumpa lagi dilain waktu. keep in touch! up da punx!



p/s: recycle stem. :)





6 comments:

  1. power boh!!
    ade lg ke org recycle stem lening?

    ReplyDelete
  2. nanti aku buat ok. recycle stem. huhu

    ReplyDelete
  3. gua dah email, nak mintak alamat untuk hantar wang pos..sila tengok-tengok

    ReplyDelete
  4. saya nak...ada lg tak?
    tolg text sy klu ada lg (0124579793-LANG)

    ReplyDelete
  5. sudah terlalu lama.aku tak fikir zine ini masih ada.

    ReplyDelete