Search

3/26/09

Jemputan Menulis Untuk Buku Mengenai "Punk Is A Way Of Life"


Kepada:
anda, orang muda yang punk rock.

tahun 2006 yang lepas, buku bernama Goblog telah diterbitkan. Goblog yang merupakan buku D.I.Y pertama yang telah dihasilkan oleh teman-teman di Papakerma. sebagai kesinambungannya, kami yang mempunyai intensi untuk meneruskan proses perkongsian ilmu tentang dunia yang satu lagi (baca: dunia D.I.Y) ini, berhasrat untuk menerbitkan sebuah buku yang berkisar tetang pengalaman hidup seorang punk rocker.

buku yang belum ada judul (belum ada nama muktamad) ini akan memuatkan kompilasi tulisan anak-anak punk yang bercerita mengenai pengalaman mereka yang berkecimpung dalam dunia D.I.Y punk life style. Dengan kata lainnya, buku ini akan menonjolkan cerita-cerita mengenai “Punk is a way of life”.


jadi, kepada anda yang sememangnya seorang punk rocker, anda dijemput untuk sama-sama menjayakan projek buku ini.

hantarkan esei punk anda kepada kami untuk disemak dan kemudiannya dibukukan. pastikan bentuk esei anda adalah yang berperihal tentang pengalaman anda sebagai punk rocker dalam menjalani kehidupan.
diulangi, pastikan esei anda adalah yang berperihal tentang pengalaman anda sebagai punk rocker. apa saja asalkan ianya mengenai D.I.Y punk life style.

hantarkan sekurang-kurangnya 2 esei punk yang ditulis dalam bahasa malaysia. (nak hantar satu esei je pun takpe. tapi kalo hantar 2 tu, bolehlah kami pilih yang mana terbaik). esei tu jangan pendek sangat. lagi panjang lagi bagus.:). apapun, setiap esei yang kami terima akan kami semak sebelum dibukukan. proses semakan ini bukan bertujuan untuk menyekat sebarang karya kreatif anda. tetapi ianya bertujuan untuk memastikan buku yang bakal dihasilkan adalah berkualiti dan mempunyai mesej yang menarik untuk dibaca orang ramai.

anda perlu menghantar esei anda selewat-lewatnyanya pada bulan 6 tahun 2009. itu dateline yang ditetapkan. cukup je bilangan esei yang dikehendaki, kami akan siapkan buku tersebut. kalau banyak esei yang kami terima, kami akan simpan untuk dikeluarkan dalam buku volume yang seterusnya.

jadi, hantarkan kontribusi anda kepada kami di alamat email berikut: dbpress@yahoo.com

KEEP PUNK ALIVE!

8 comments:

  1. wow...interesting....
    mo join...tp penulisan tk berapa ok...
    tulis dlm blog pn mcm bckp...hahaha

    ReplyDelete
  2. camane nak dapatkan buku Goblog tu ye?

    ReplyDelete
  3. Tunggu jap... Nt report kat aku bln 6...
    Aku prepare esei...

    Check us out dude - www.sarangsenipekik.blogspot.com

    politick+musick Nu punx stylezz!

    ReplyDelete
  4. simple plan punya punk termasuk tak?

    ReplyDelete
  5. ade punk ala2 kokang yang aku nak cerita nanti..

    singgah : http://www.sarangsenipekik.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. view my blog yang bertajuk "punk dalam diri kita".. at http://outofabox.blogspot.com...
    kalo berminat sila beri tahu terlebih dahulu..
    sedikit politically.. maybe..

    ReplyDelete
  7. Semerepang dari Batu Pahat tu kira band punk jugak ke?

    ReplyDelete