Search

3/27/09

Tujuan Penerbitan Buku Ini

























- berkongsi maklumat dengan orang ramai (pembaca) mengenai "APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PUNK"

- mendedahkan fakta/cerita sebenar mengenai punk.

- melihat kesan politik punk kepada individu & masyarakat sekeliling.

- berkongsi keseronokan yang diperolehi melalui cara hidup d.i.y punk.

- berkongsi ilmu-ilmu d.i.y :)

- (akan ditulis kemudian)

- (akan ditulis kemudian)

- (akan ditulis kemudian)

- banyak lagi lah tujuannya. tapi pokoknya, semuanya mengenai punk lah. punk, a way of lifestyle. :)

3/26/09

Jemputan Menulis Untuk Buku Mengenai "Punk Is A Way Of Life"


Kepada:
anda, orang muda yang punk rock.

tahun 2006 yang lepas, buku bernama Goblog telah diterbitkan. Goblog yang merupakan buku D.I.Y pertama yang telah dihasilkan oleh teman-teman di Papakerma. sebagai kesinambungannya, kami yang mempunyai intensi untuk meneruskan proses perkongsian ilmu tentang dunia yang satu lagi (baca: dunia D.I.Y) ini, berhasrat untuk menerbitkan sebuah buku yang berkisar tetang pengalaman hidup seorang punk rocker.

buku yang belum ada judul (belum ada nama muktamad) ini akan memuatkan kompilasi tulisan anak-anak punk yang bercerita mengenai pengalaman mereka yang berkecimpung dalam dunia D.I.Y punk life style. Dengan kata lainnya, buku ini akan menonjolkan cerita-cerita mengenai “Punk is a way of life”.


jadi, kepada anda yang sememangnya seorang punk rocker, anda dijemput untuk sama-sama menjayakan projek buku ini.

hantarkan esei punk anda kepada kami untuk disemak dan kemudiannya dibukukan. pastikan bentuk esei anda adalah yang berperihal tentang pengalaman anda sebagai punk rocker dalam menjalani kehidupan.
diulangi, pastikan esei anda adalah yang berperihal tentang pengalaman anda sebagai punk rocker. apa saja asalkan ianya mengenai D.I.Y punk life style.

hantarkan sekurang-kurangnya 2 esei punk yang ditulis dalam bahasa malaysia. (nak hantar satu esei je pun takpe. tapi kalo hantar 2 tu, bolehlah kami pilih yang mana terbaik). esei tu jangan pendek sangat. lagi panjang lagi bagus.:). apapun, setiap esei yang kami terima akan kami semak sebelum dibukukan. proses semakan ini bukan bertujuan untuk menyekat sebarang karya kreatif anda. tetapi ianya bertujuan untuk memastikan buku yang bakal dihasilkan adalah berkualiti dan mempunyai mesej yang menarik untuk dibaca orang ramai.

anda perlu menghantar esei anda selewat-lewatnyanya pada bulan 6 tahun 2009. itu dateline yang ditetapkan. cukup je bilangan esei yang dikehendaki, kami akan siapkan buku tersebut. kalau banyak esei yang kami terima, kami akan simpan untuk dikeluarkan dalam buku volume yang seterusnya.

jadi, hantarkan kontribusi anda kepada kami di alamat email berikut: dbpress@yahoo.com

KEEP PUNK ALIVE!

Siapa Kami Dan Apa Yang Kami Mahukan?


Deleted Books merupakan *grup afiniti yang ditubuhkan oleh mereka yang berada di Network Of Solidarity Collective. Deleted Books diwujudkan atas alasan untuk menyebarkan informasi sub-budaya yang sukar diperolehi oleh masyarakat awam. Mengambil peranan sebagai grup yang akan menyebarkan informasi melalui bahan bercetak (eg: buku, zine, newsletter), Deleted Books berusaha untuk mencari, mengeluarkan dan menyebarkan apa jua bahan-bahan ilmu yang menarik untuk dikongsi bersama.
--------------------------------------------------------------

*grup afiniti = affinity group


"An affinity group is usually a small group of left-wing political activists (usually from 3-20) who work together on direct action.

Affinity groups are organized in a non-hierarchical manner, usually using consensus decision making, and are often made up of trusted friends of a common ideology. They provide a method of organization that is flexible and decentralized.
Affinity groups can be based on a common ideology (eg. anarchism), a shared concern for a given issue (eg. anti-nuclear) or a common activity, role or skill (eg. black blocs). Affinity groups may have either open or closed membership, although the latter is far more common." - taken from Wikipedia

Titik Mula


semuanya bermula melalui medium sms
.
kemudian mula dibincang secara bersahaja setelah bertemu muka.
.
bertempat di River Side foodcourt Kota Bharu
,
pada tanggal 1 Februari 2009
,
ianya bermula.